Kasih Prihatin ‘Kembali Ke Sekolah’ rai anak ahli SAM

72 anak ahli SAM dirai dalam program Kasih Prihatin ‘Kembali Ke Sekolah’

HANNAH Yeoh bersama Aizuddin Mohd. Ghazali (barisan belakang, lima dari kanan) dan Norismadi Abd. Manap (tiga dari kanan) bergambar selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada anak-anak ahli SAM di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 72 penerima yang merupakan anak ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) diraikan menerusi program Kasih Prihatin ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran SAM dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Aizuddin Mohd. Ghazali berkata, kerjasama di antara Yayasan Prihatin dan SAM wajar dikekalkan serta dipergiat menerusi pelbagai lagi aktiviti dan program pada masa akan datang.

“Yayasan Prihatin sangat berbesar hati dapat menjalinkan kolaborasi sulung bersama SAM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap selepas ini lebih banyak program kerjasama antara SAM dan Prihatin dapat direalisasikan,” katanya.

Terdahulu, majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Turut hadir Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap.

Prihatin merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan bertujuan menyediakan pelbagai bantuan ke arah kehidupan yang lebih baik dan melibatkan tiga teras utama; Pendidikan, Keusahawanan dan Kepemimpinan.

Prihatin juga menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelosok tanah air.

Sementara itu, Norismadi pula berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepemimpinan Yayasan Prihatin di atas kesudian untuk bekerjasama dan meraikan ahli-ahli SAM.

“Program dan sumbangan yang diberikan dapat membantu ahli-ahli SAM dalam menguruskan ekonomi keluarga masing masing di kala sesi persekolahan yang akan bermula selain melakukan persiapan bagi menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri terutama bagi yang beragama Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN