Ujian memandu tanpa pegawai JPJ dalam kereta

Ujian memandu tanpa pegawai JPJ dalam kereta

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kementerian Pengangkutan semalam memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) di tiga Institusi Memandu terpilih yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pemantauan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

Menteri, Anthony Loke Siew Fook berkata, melalui sistem iu prestasi calon ujian memandu akan diukur menggunakan alat sensor dan kamera serta keputusan akan dijana secara masa nyata (real-time), sekaligus meningkatkan integriti proses penilaian.

“Sistem eTesting ini akan meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja Pelaksanaan Inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu secara Elektronik di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ketika ini terdapat tiga Institusi Memandu yang telah bersedia dengan pelaksanaan sistem eTesting iaitu Institut Memandu Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd., Ulu Tiram, Johor, dan Institut Lima Bintang Abadi Sdn. Bhd., Pulau Pinang.

“Calon boleh membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa sebarang kos tambahan,” katanya.

Menurutnya, calon ulangan hanya perlu membuat ujian ulangan melibatkan elemen yang gagal tanpa perlu mengulangi keseluruhan elemen ujian Bahagian II.

Inisiatif yang diumumkan itu merupakan usaha Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) seterusnya menyokong ke arah penyampaian perkhidmatan pendigitalan.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, institut memandu seluruh negara dibenarkan untuk menawarkan ujian berasaskan eTesting bermula April ini.

“Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada Institut Memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah eTesting.

“Institut Memandu yang diluluskan akan diwajibkan untuk turut menyediakan sistem eTesting dalam tempoh satu tahun,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini