Khairy, Shahril Ridza dilantik pengarah bebas bukan eksekutif CGS MY - Utusan Malaysia

Khairy, Shahril Ridza dilantik pengarah bebas bukan eksekutif CGS MY

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd. (CGS MY) mengumumkan pelantikan pemimpin korporat terkemuka, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan dan bekas ahli politik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya berkuat kuasa 28 Februari 2024.

Shahril Ridza mempunyai latar belakang profesional selama tiga dekad di syarikat awam dan swasta yang merangkumi pelbagai industri daripada perundangan kepada pengurusan dana.

Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan

Sepanjang tempoh kerjayanya, beliau telah membina reputasi sebagai ahli strategi yang berkesan, mengatur operasi pemulihan dan tetapan semula strategik yang membawa kepada prestasi tinggi.

Beliau pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Berhad dan Malaysian Resources Corporation Berhad.

Pada masa ini, Shahril Ridza berada dalam lembaga pengarah Axiata Group Berhad, Ekuiti Nasional Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional dan Kuala Lumpur Kepong Berhad

Sementara itu, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan menghabiskan dua dekad terakhir di sektor awam dan swasta, menimba pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, perundangan
perwakilan, penyelidikan dasar, kewangan, kepimpinan tentera dan politik parti.

Selain Menteri Kesihatan, beliau turut memegang jawatan penting kerajaan di Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi serta Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau juga mengasaskan dan mempengerusikan kumpulan pemikir yang dipanggil The Centre dan merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan di ECM Libra Avenue Securities.

Mereka akan menyertai enam ahli Lembaga Pengarah lain di Lembaga Pengarah CGS MY iaitu   Carol Fong, Yuen Kwok Wai, Chan Yuen May, Azizah Mohd. Yatim, Alan Inn Wei Loon dan Khairi Shahrin Arief Baki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×