Pemain Hong Kong juara Tenis Wanita Jelajah Dunia ITF W15 - Utusan Malaysia

Pemain Hong Kong juara Tenis Wanita Jelajah Dunia ITF W15

JUARA dan naib juara perseorangan Kejohanan Tenis Wanita Jelajah Dunia Sanctband ITF W15 2024 (tengah) bersama pegawai kejohanan selepas perlawanan akhir di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ho Ching Wu muncul juara perseorangan Kejohanan Tenis Wanita Jelajah Dunia Sanctband ITF W15 2024 yang berakhir di sini  hari ini.

Ching Wu dari Hong Kong menumpaskan pemain Jepun, Lisa-Marie Rioux 6-2, 6-3.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM71,400 itu terjejas akibat cuaca panas menyaksikan beberapa orang pemain tidak dapat meneruskan aksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun faktor cuaca bukan penghalang buat Ching Wu apabila menjinakkan lawan dalam final di gelanggang tengah Pusat Tenis MBI, di sini.

Begitu juga pasangan Cho I-Hsuan-Cho Yi Tsen yang memenangi acara beregu.

Pasangan pilihan utama itu mengetepikan pilihan ketiga, Guo Meiqi-Xhiao Zenghua 6-4, 6-2.

Kejohanan jelajah antarabangsa kali ini disertai pemain wanita dari 12 negera termasuk Jepun, Taiwan, China, Jerman, Rusia, Perancis, India, Australia, Amerika Syarikat, Singapura, Iran dan Malaysia.

Antara pemain negara yang beraksi pada kejohanan tersebut ialah Shihomi Leong Li Xuan yang berjaya mara ke pusingan kedua.

Kemaraan Shihomi dari Ipoh bagaimanapun terhenti selepas tewas kepada pemain Jepun, Lisa-Marie Rioux 3-6, 0 -6

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Presiden Persatuan Lawn Tenis Perak, Fazwil Abdul Wahid yang turut disertai oleh barisan exco persatuan itu selepas perlawanan perseorangan wanita.

Kejohanan tenis jelajah antarabangsa ITF W15 untuk edisi 2024 ditaja Sanctband Active selaku penaja utama kejohanan.

Selain itu, Tourism Malaysia Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kerajaan Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak Tenis Malaysia juga memberikan memberikan sokongan menjayakan kejohanan kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini