Angkasa terkilan tidak dilibatkan dalam KEB 2024

Angkasa terkilan tidak dilibatkan dalam KEB 2024

ABDUL FATTAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terkilan apabila Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang berakhir semalam tidak melibatkan langsung peranan agensi itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sepatutnya Angkasa wajar dilibatkan dalam KEB 2024 kerana koperasi itu mempunyai keahlian seramai 7.3 juta.

Menurutnya, selain itu, ahli koperasi di seluruh negara sebanyak 90 peratus adalah dalam kalangan bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pada 2022 perolehan daripada koperasi itu menyumbang sebanyak RM45.5 bilion atau tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sewaktu perbincangan libat urus serta resolusi yang digariskan, saya tak nampak peranan koperasi disentuh dalam KEB 2024 yang berakhir semalam dan ini sebenarnya saya rasa amat terkilan.

“Kenapa peranan koperasi tidak diambil kira sedangkan kita mempunyai 7.3 juta ahli di seluruh negara dan kita turut menyumbang sebanyak tiga peratus dalam KDNK?

“Walaupun sumbangan tidak besar manapun, namun penglibatan rakyat dalam konteks koperasi kerana hampir 90 peratus ahli adalah bumiputera dan bila bercakap soal ekonomi, kita tidak wajar diketepikan,” katanya 

kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2024 Melaka di sini.

KEB 2024 yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya melibatkan pembentangan hasil dapatan daripada sesi libat urus meliputi 10 kluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini