DUN Selangor: LRT3 94 peratus siap - Utusan Malaysia

DUN Selangor: LRT3 94 peratus siap

LRT3
KEDIAMAN berdekatan kemudahan infrastruktur seperti LRT pasti mendapat permintaan tinggi daripada pembeli. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bagi jajaran yang menghubungkan Klang dan Shah Alam kini berada pada tahap 93.88 peratus dan dijangka siap dan mula beroperasi pada Mac tahun hadapan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata, malah, sehingga kini status kemajuan infrastruktur Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasar adalah pada 99.24 peratus.

“Status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen adalah 91.03 peratus. Projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi bermula pada Mac 2025,” katanya dalam Mesyuarat Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, hari ini.

Beliau ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Dr. Quah Perng Fei turut memaklumkan penyelesaian isu banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan projek LRT3 khususnya di Meru, Klang.

“Beberapa siri kejadian banjir berlaku di Jalan Meru iaitu di hadapan kompleks Pasar Jalan Meru dan di hadapan Sekolah Tinggi Klang semasa di peringkat pembinaan pembangunan LRT3 dan selepas penyiapan kerja.

“Susulan daripada beberapa siri kejadian banjir, pihak Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK) mengarahkan pihak LRT3 untuk membuat semakan dan mengkaji punca kejadian banjir dan cadangan untuk mengatasi perkara tersebut.

“Pihak perunding LRT3 sedang membuat kajian semula lokasi-lokasi kejadian banjir tempatan. Antara punca utama yang dikenalpasti penyumbang berlakunya air bertakung ketika hujan lebat adalah berlaku sekatan di hilir perparitan ke sungai, terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran perparitan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×