KUALA LUMPUR: Program Road To Gold (RTG) telah membelanjakan RM3.53 juta pada tahun lalu untuk lima jenis sukan yang tersenarai dalam program mencari emas pertama negara di pentas Olimpik itu.
Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, daripada jumlah itu, peruntukan tertinggi adalah untuk sukan badminton RM1.82 juta untuk pemain di bawah naugan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Stuart berkata, untuk sukan badminton, RM1.06 juta juga telah dibelanjakan bagi memenuhi segala keperluan dan permintaan pemain profesional yang tersenarai dalam program RTG.
“RTG juga telah membelanjakan RM458, 177.45 untuk sukan terjun, basikal RM465,239.66, hoki RM342,903.62 dan angkat berat RM20,025.44,” katanya dalam sidang akbar selepas mesyuarat RTG, semalam
Terdahulu, dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu, Stuart mengumumkan dua atlet terjun, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada program itu.
Selain itu, Stuart turut mengumumkan kemasukan wakil tunggal terjun negara di pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Bertrand Rhodict Lises ke dalam program berkenaan.
Senarai terkini atlet RTG menyaksikan seramai 13 atlet berada dalam program berkenaan iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi, Pearly Tan, M. Thinaah, Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Eei Wei untuk badminton.
Selain Datuk Mohd. Azizulhasni Awang,muhammad Shah Firdaus Sahrom (basikal), Mohammad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Bertrand (terjun). – UTUSAN










