Kebakaran hutan belukar: Victoria arah 30,000 penduduk berpindah

Kebakaran hutan belukar: Victoria arah 30,000 penduduk berpindah

KEPULAN asap akibat kebakaran hutan belukar menyelubungi ruang udara utara Beaufort, berhampiran Ballarat di Victoria. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Anggota bomba di Australia sedang berusaha memadamkan kebakaran hutan belukar yang memaksa puluhan ribu penduduk berpindah ke tempat selamat.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah beberapa kes kebakaran terburuk yang pernah tercetus di negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Lapor CNN, menurut Jabatan Meteorologi Australia, keadaan panas, panas dan berangin menyebabkan kebakaran melampau di beberapa bahagian di Victoria dan selatan negara itu.    

Ribut petir teruk yang membawa kilat juga diramalkan melanda rantau itu.

Kira-kira 30,000 penduduk diarahkan untuk berpindah di sebahagian Victoria semalam.

Ketua pegawai Pihak Berkuasa Kebakaran (CFA) Negeri Victoria, Jason Heffernan menerusi laporan kemas kini memaklumkan suhu meningkat dengan pantas sehingga mencapai 40 darjah Celsius, dengan tiupan angin mencecah 60 hingga 70 kilometer sejam (km/j).

“Kebakaran melampau sedang berlaku, malah kita kini sedang mengalami keadaan bencana teruk di Casterdon, Hamilton dan Kanagulk di daerah     Wimmera.

“Sistem hadapan yang melalui negeri ini sudah menjadi perlahan. Oleh itu, kami menjangkakan suhu ini akan kekal lebih lama,” katanya.

Jabatan kecemasan negeri memaklumkan pasukan bomba sedang berusaha sedaya upaya mengawal kebakaran hutan belukar yang bermula sejak Khamis lalu di luar bandar Bayindeen, kira-kira 190 kilometer (km) barat Melbourne, dan masih belum terkawal.

Enam rumah dilaporkan musnah dan pihak berkuasa bimbang keadaan berangin dan kering boleh menyemarakkan lagi kebakaran berhampiran kawasan kediaman itu.

Amaran kebakaran melampau dikeluarkan di sebahagian besar Victoria, sementara wilayah Wimmera barat negeri itu diletakkan dibawah risiko `malapetaka’.         

“Ini bermakna sekiranya kebakaran bermula, ia akan menjadi sukar dikawal dan tidak dapat dibendung,” jelas jabatan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Kebakaran Hutan Victoria, lebih 100 kawasan hutan negeri itu terpaksa ditutup. 

Puluhan sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak juga terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×