Liek Hou unggul menyamai rekod Nicol David

Liek Hou unggul menyamai rekod Nicol David

CHEAH Liek Hou meraih kejuaraan berganda di Kejohanan Badminton Para Dunia yang berlangsung di Pattaya, Thailand, semalam. – FACEBOOK CHEAH LIEK HOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susulan keja­yaan meraih kemenangannya dalam Kejohanan Badminton Para Dunia, Cheah Liek Hou teruja menyamai rekod itu untuk negara bersama Datuk Nicol David yang bergelar juara dunia lapan kali dalam sukan skuasy.

Pemain berusia 35 tahun itu yang berjaya meraih kemena­ngan berganda dalam aksi perseorangan dan beregu lelaki itu bangga akan pencapaian kali ini semasa kejohanan itu yang berlangsung di Pattaya, Thailand, pagi tadi.

“Kemenangan saya di Patta­ya ini adalah untuk mencipta rekod peribadi dan juga untuk negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya baru diberitahu oleh media bahawa saya telah menya­mai Datuk Nicol yang bergelar juara dunia sebanyak lapan kali.

“Saya rasa berbangga untuk diri saya untuk negara Malaysia dan rekod ini bukan mudah untuk saya cipta untuk menjadi juara dunia ini sebanyak lapan kali,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tujuh gelaran Liek Hou sebelum ini dimenangi pada tahun 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.

Untuk rekod, Datuk Nicol David menjuarai dunia sukan skuasy pada tahun 2005; 2006; 2008; 2009; 2010; 2011; 2012 dan 2014.

Sementara itu, Liek Hou turut menegur tindakan penganjur kejohanan yang menggunakan karpet gelanggang yang berlai­nan sehingga menyukarkannya bergerak ketika perlawanan.

Menurutnya, karpet gelanggang badminton sangat tebal selepas dialas tikar yoga untuk kejohanan membuatnya rasa ti­dak selesa dan hampir cedera di bahagian lututnya.

“Sebelum mereka (penga­njur) menyediakan karpet gelanggang mereka meletak tikar yoga terlebih dahulu. Tikar tersebut amat lembut, jadi pergerakan semasa di dalam gelanggang itu menjadi sangat berat.

“Untuk pemain berumur ini, kalau permainan yang sangat agresif memang memakan tenaga di bahagian lutut. Saya berasa sangat sakit di bahagian ini (lutut),” katanya.

Liek Hou bukan sahaja membawa pulang gelaran juara dunia acara perseorangan, malah dia turut memahat nama sebagai juara dunia menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez Anuar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini