Polis siasat penyebaran  Nota Diplomatik kerajaan Maghribi - Utusan Malaysia

Polis siasat penyebaran  Nota Diplomatik kerajaan Maghribi

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menjalankan  siasatan berhubung  penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit  diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah pada 22 Februari lalu.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis sudah merakam percakapan pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

“Saksi-saksi yang lain akan dikenal pasti sejurus keterangan pengadu diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar  membuat laporan polis berhubung penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung penyebaran berkenaan.

“Kementerian ini akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses ini.

“Hasil siasatan dalaman oleh kementerian ini mendapati bahawa penyebaran itu bukan berpunca daripada pihak dalaman,” katanya.

Terdahulu tular satu surat dari kerajaan Magribi berkaitan penjelasan mengenai lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×