Polis siasat lelaki disyaki rotan anjing peliharaan - Utusan Malaysia

Polis siasat lelaki disyaki rotan anjing peliharaan

TANGKAP layar rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki merotan anjing peliharaannya di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan seorang lelaki yang disyaki mendera anjing peliharaannya seperti yang tular dalam laman sosial Facebook, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Sebelum ini pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berusia 49 tahun yang mendakwa melihat kejadian seorang lelaki merotan seekor anjing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengesan satu video tular dalam Facebook ‘Malaysian Dogs Deserve Better’ berdurasi 29 saat yang memaparkan seorang lelaki bertindak merotan seekor anjing peliharaannya. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu di sebuah taman perumahan dekat Taman Johor Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memukul anjingnya dengan menggunakan rotan berulang kali di pekarangan sebuah rumah.

Dalam video yang sama, individu itu turut mengheret anjing berkenaan dalam keadaan marah sebelum haiwan itu diarahkan masuk ke dalam rumah.

Mohd. Sohaimi menasihatkan orang ramai tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang perlindungan terhadap haiwan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1)(a) Акта Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×