Kunjungilah karnival TEKUN Madani di Sungai Buloh 1-3 Mac - Utusan Malaysia

Kunjungilah karnival TEKUN Madani di Sungai Buloh 1-3 Mac

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bakal menganjurkan Karnival TEKUN Madani Peringkat Negeri Selangor pada 1 hingga 3 Mac  di Strand Mall, Kota Damansara.

Timbalan Menteri KUSKOPi, Datuk  Ramanan Ramakrishnan berkata,  tujuan karnival bagi memudahkan rakyat Selangor khasnya dan  penduduk tempatan di Sungai Buloh mendapatkan informasi mengenai produk pembiayaan TEKUN.

Menurut beliau, orang ramai juga berpeluang untuk mengetahui  inisiatif dan program-program yang disusun oleh agensi-agensi lain di bawah KUSKOP.

“Karnival ini mendekatkan masyarakat  khasnya warga Sungai Buloh dengan  informasi, inisiatif, bantuan serta pembiayaan yang disediakan di KUSKOP dan 10 agensi di bawahnya,” kata beliau  dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, karnival itu diadakan bagi mewujudkan jaringan perniagaan antara usahawan bagi membina  komuniti usahawan TEKUN yang kukuh, berdaya maju, jujur dan progresif.

“Ini merupakan peluang yang baik untuk usahawan setempat mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka,” katanya.

Kata beliau, terdapat lebih 100 gerai  jualan, pameran  dan acara menarik seperti Malam Kota Damansara Berselawat, demonstrasi masakan, sukaneka dan cabutan bertuah  disusun selama tiga hari karnival  tersebut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×