Pelabuhan Klang rekod TEU tertinggi dalam sejarah - Utusan Malaysia

Pelabuhan Klang rekod TEU tertinggi dalam sejarah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sua Kasih MADANI Kemeterian Pengankutan di Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelabuhan utama negara, Pelabuhan Klang mencatat jumlah kendalian kontena tertinggi dalam sejarah iaitu 14.06 juta TEU TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada 2023 berbanding dengan 13.22 juta TEU pada 2022.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi cemerlang itu sekali gus mencerminkan kepesatan ekonomi Malaysia sebagai komponen penting di rantaian bekalan dunia.

Beliau berkata, ketika ini, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas terus kekal sebagai 20 pelabuhan terutama dan tersibuk di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat bangga apabila Pelabuhan Klang mencatat jumlah kontena tertinggi dalam sejarah. Selain itu, Pelabuhan Tanjung Pelapas memproses 10.48 juta TEU pada 2023 berbanding 10.51 juta TEU pada 2022.

“Saya mahu tekankan bahawa nisbah kargo transshipment dan kargo tempatan (indigenous) di Pelabuhan Klang telah berubah dari 70:30 pada tahun 2014 hingga 55:45 pada tahun 2023.

“Kargo Transshipment melibatkan proses pemindahan barangan dari satu kapal ke kapal lain tanpa melalui pintu kastam. Manakala kargo tempatan melibatkan barangan yang dihasil atau diperoleh dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis Sua Kasih Madani dan perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, sektor udara juga mencapai prestasi cemerlang dengan peningkatan pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik sebanyak 10.7 peratus pada Januari 2024 berbanding Januari 2023.

Menurutnya, jumlah pergerakan penumpang dicatatkan di lapangan terbang seluruh negara adalah 81.9 juta orang pada tahun 2023, tertinggi sejak pandemik Covid-19.

“Berbanding dengan 121 destinasi pada 2022, Malaysia mempunyai 147 laluan penerbangan yang berhubung dengan seluruh dunia dengan peningkatan sebanyak 25 peratus.

“Semalam, saya berjumpa dengan Pengurusan Tertinggi China Eastern Airlines di pejabat. Mereka komited untuk pembukaan lima laluan baharu iaitu Kuala Lumpur ke Xian, Chengdu, Wuhan dan Nanjing- Pulau Pinang ke Shanghai Pudong,” katanya.

Katanya, peningkatan laluan dan penumpang juga mencerminkan kejayaan pengecualian visa 30 hari kepada pelancong China dan India seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa pada 1 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini