TNB entiti korporat paling dipercayai di Malaysia

TNB entiti korporat paling dipercayai di Malaysia

BAHARIN DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobatkan sebagai organisasi korporat paling dipercayai di Malaysia pada tahun 2023 berdasarkan kajian terbaharu Ipsos Sdn. Bhd. (Ipsos). 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, pengiktirafan besar itu bermakna bagi perkhidmatan syarikat yang giat menerajui peralihan tenaga menuju pelepasan sifar bersih 2050.

“Ia pengiktirafan besar maknanya dan semoga kepercayaan ini akan menterjemahkan cabaran-cabaran kepada peluang niaga baharu kepada TNB, untuk kita mengungguli penyelesaian tenaga mampan kepada pelanggan serta rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Baharin Din, pengiktirafan itu menjadikan masyarakat dan pemegang taruh selesa berurusan dengan organisasi yang dipercayai dan diyakini. 

Mengulas lanjut pencapaian 2023, Baharin berkata, TNB diyakini memimpin tiga projek utama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Ia bagi memacu tenaga boleh baharu (TBB) pada skala besar dan inisiatif teknologi bersih sejajar sasaran Malaysia negara neutral karbon 2050,” katanya.

Sementara itu, Ipsos berkata,  kajian itu meliputi lebih 100 syarikat dan institusi di Malaysia dengan menemu bual lebih 7,000 responden yang memberi maklum balas bagi mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan dalam bidang industri masing-masing.

Katanya, TNB pernah tersenarai antara lima syarikat paling dipercayai pada penyertaan sulungnya dalam kaji selidik Ipsos pada 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×