Pemandu lori tiada lesen, ganti rakan cuti - Utusan Malaysia

Pemandu lori tiada lesen, ganti rakan cuti

Tiada lesen
SEKATAN jalan raya yang diadakan JPJ Selangor bersama IPD Kuala Langat dekat Jalan Banting-Dengkil, Olak Lempit di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Ganti pekerja bercuti antara alasan rata-rata pemandu lori yang ditahan kerana tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dalam satu operasi di Jalan Banting-Dengkil, Olak Lempit di sini, semalam.

Kesalahan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, bermula pukul 9 pagi.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, sebanyak 163 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas bersepadu tersebut.

“Kesalahan itu antaranya tiada lesen memandu dan GDL, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran. Pelbagai alasan diberikan pemandu antaranya terpaksa memandu tanpa lesen kerana menggantikan pekerja yang bercuti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, sebuah lori dipandu lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri turut disita polis.

“Kesemua kesalahan jalan raya itu diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Operasi itu menyasarkan pemeriksaan semua jenis kenderaan dan advokasi keselamatan jalan raya,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang aduan trafik supaya menyalurkannya kepada [email protected] atau aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×