Nasi Dalca Mamu Basir ‘pikat’ selera

Nasi Dalca Mamu Basir ‘pikat’ selera

ANTARA sajian yang ditawarkan di Nasi Dalca Mamu Basir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan mudah menikmati nasi dalca kambing di ibu negara tetapi yang mengiginkannya bolehlah mencuba di nasi dalca mamu Basir .

Ini kerana agak jarang diperkatakan tentang hidangan nasi dalca terutama di ibu kota berbanding di tempat lain seperti Pulau Pinang atau Kedah. Ini kerana nasi dalca lebih popular di kedua-dua negeri berkenaan dan boleh dikatakan antara makanan ruji penduduk di sana selain nasi kandar.

Namun, untuk mereka yang mahu mencuba keenakan nasi dalca asli dari utara tidak perlu bergerak jauh ke utara kerana ia boleh dinikmati di ibu negara ini.

Apa yang menarik, hidangan yang terdapat di gerai Nasi Dalca Mamu Basir ini dihidangkan bersama kari dalca kambing seekor.

Segala bahagian daging dan organ seperti hati, limpa dan paru kambing dicampur sekali dalam kuah dalca ini, sekaligus memberi rasa keenakan tersendiri.

Apatah lagi nasi dihidang secara ‘banjir’ bersama kuah dalca dan campuran daging serta bahagian organ kambing lain yang sememangnya empuk.

Bahkan sayur yang dicampur bersama kuah ini juga agak banyak dan pelbagai antaranya lobak merah, kacang panjang, terung dan kentang.

AHMAD SHAHUL HAMID

Bukan itu sahaja, keenakan nasi dalca lebih terserlah apabila dimakan bersama udang masak peretal, iaitu masakan kari kering India Selatan.

Dengan kelembutan udang bersaiz yang agak besar ditambah rasa rempah asli, tidak hairanlah gerai ini sering kali dipenuhi pelanggan.

Bukan itu sahaja, untuk penggemar daging, kelembutan menu daging masak hitam ditambah rasa pedas, manis dan berlada aromatik pasti memuaskan hati untuk yang mahu mencubanya.

Di samping itu, hidangan lamb shank kurma turut terdapat di gerai Nasi Dalca Mamu Basir khusus untuk mereka yang mahukan lauk premium.

Bagi mereka mahukan nasi dalca digandingkan dengan menu ayam boleh mencuba menu masak merah yang tidak mengecewakan.

Walaupun menu ini kelihatan simple dan mudah bersahaja, rasanya tetap marvellous setiap masa.

Malah ia sesuai dimakan untuk golongan kanak-kanak disebabkan rasa menu ini tidak terlalu pedas.

Dalam pada itu, menurut pemilik Ahmad Shahul Hamid, dia menggunakan rempah giling asli dari India dalam setiap masakannya.

Selain itu, daging kambing yang digunakan dalam setiap masakannya dipelihara sendiri demi kualiti terbaik.

“Kita mahu memberikan kualiti makanan tanpa mengetepikan rasa asli turun temurun Nasi Dalca Mamu Basir. Itu yang paling penting,” jelasnya.

Tambah Ahmad Shahul, jualan nasi dalcanya hanya dibuka sebulan sekali iaitu Sabtu minggu pertama setiap bulan.

“Ia sesuatu yang ‘eksklusif’ dan sebab itu saya jual hanya sehari dalam sebulan. Pada hari-hari lain saya mengusahakan gerai mee rebus mee goreng dapur arang di gerai yang sama.

“Mungkin pada masa akan datang saya akan buka setiap hari,”jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×