TPS dilanda banjir, sanggup naik bot tunai tanggungjawab mengundi

TPS dilanda banjir, sanggup naik bot tunai tanggungjawab mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hujan lebat yang melanda Kota Jambi menyebabkan sejumlah pusat mengundi (TPS) Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 dinaiki air.

Akibatnya, ramai penduduk berpusu-pusu ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan menaiki bot.

Antaranya termasuk penduduk di Daerah Danau Sipin di bandaraya Jambi yang sebelum ini terpaksa berpindah selepas rumah mereka turut dinaiki air.

“Kamu harus tetap semangat mengundi, boleh menggunakan bot ke lokasi TPS yang tidak terkena banjir,” kata seorang penduduk, Dewi kepada Antara.

Dewi dan keluarganya menggunakan bot untuk mengundi di TPS 42 di Tasik Sipin selepas terpaksa berpindah ke Tangkit, Muaro Jambi akibat kediamannya dinaiki air.

Penduduk Pulau Pandan, Aris Putra turut mengalami nasib serupa namun mengakui tetap bersemangat ke pusat mengundi bagi melaksanakan haknya memilih pemimpin baharu untuk menerajui negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Jambi tidak memindahkan empat pusat mengundi yang ditenggelami banjir di daerah itu kerana dinilai masih boleh digunakan untuk pengiraan undi.

Bagaimanapun banjir yang berlaku di beberapa TPS di Jakarta dan Bali menyebabkan proses pengundian dijalankan lewat hampir sejam.

Video tular menunjukkan beberapa petugas dilihat mengharungi air banjir sambil membawa peti undi ke lokasi pusat mengundi baharu seperti lorong sekolah dan halaman penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×