Pahang tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan selepas 10 tahun - Utusan Malaysia

Pahang tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan selepas 10 tahun

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua dari kanan) dalam satu sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijarah/2024 di Wisma Sri Pahang, Kuantan. -UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Selepas 10 tahun, Pahang sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 masihi yang diadakan mulai 23 hingga 28 Mei depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penganjuran dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Indera Mahkota, di sini.

Katanya, sebelum ini, Pahang pernah menjadi tuan rumah bagi penganjuran yang sama pada tahun 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan Pahang berbesar hati apabila sekali lagi diberikan penghormatan oleh Kerajaan Persekutuan menerus Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk menjadi tuan rumah bagi majlis ini.

“Kita akan memberi sokongan penuh bagi memastikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar

“Semoga segala usaha kita untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini mendapat keberkatan serta rahmat Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang diadakan di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambahnya lagi, seramai 29 peserta akan menyertai Kategori Tilawah iaitu 14 Qari, 14 Qariah dan seorang Johan Menunggu manakala

“84 peserta pula akan menyertai bagi Kategori Hafazan iaitu 42 peserta lelaki dan 42 peserta perempuan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, penganjuran majlis ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik antara Kerajaan Pahang dan Kerajaan Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini