Pesawat terhempas: Sekumpulan dipercayai waris tiba di lokasi - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas: Sekumpulan dipercayai waris tiba di lokasi

Pesawat terhempas
SEKUMPULAN individu dipercayai waris keluarga mangsa pesawat terhempas tiba di lokasi nahas dekat Jalan Benteng, Kampung Tok Muda, Kapar di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sekumpulan lima individu dipercayai keluarga kepada mangsa pesawat terhempas tiba di lokasi nahas dekat Jalan Benteng, Kampung Tok Muda di sini, hari ini.

Mereka dilihat berpelukan antara satu sama lain ketika tiba pada kira-kira pukul 5.30 petang tadi sebelum dibenarkan masuk ke pusat kawalan operasi oleh anggota polis bertugas untuk menunggu kerja-kerja pencarian mangsa nahas.

Terdahulu, polis menetapkan radius kawasan pencarian sekitar satu hingga dua kilometer bagi mengesan kedudukan mangsa dan serpihan pesawat berkenaan.

Malah Unit Anjing Pengesan (K9) serta dua buah dron milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Selangor turut digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 petang tadi bagi penerbangan rekreasi.

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×