Suami ubah 'selera', bela 'anak ikan' sejenis

Suami ubah ‘selera’, bela ‘anak ikan’ sejenis

suami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SENTIASA tidak puas dengan layanan isteri yang dinikahi 20 tahun lalu, mendorong penjawat awam berusia lewat 40-an membela ‘anak ikan’ untuk melampiaskan nafsunya.

Ali (bukan nama sebenar) sanggup mengubah ‘selera’ seksualnya itu kerana angau dengan pelukan dan belaian hangat kekasih sejenis.

Walaupun mempunyai karakter dan penampilan lelaki sejati, tetapi hakikatnya beliau bernafsu songsang.

Lebih menjijikkan, bapa kepada lima zuriat dari pantai Timur itu turut menjadikan lelaki yang hampir seusia anak sulungnya sebagai pasangan, sejak dua tahun lalu.

Setiap hujung minggu, kedua-keduanya kerap keluar daerah dan menginap di hotel demi melakukan hubungan songsang itu.

Perbuatan terkutuk itu mulai disedari isterinya, Fatimah tahun lalu apabila menjumpai resit-resit hotel yang disimpan.

“Isteri memang tahu saya ada anak ikan sebab selalu mengadu tak puas.

“Sebelum kisah itu terbongkar, saya pernah meliwatnya beberapa kali tetapi mungkin dia tidak perasan perubahan ‘selera’ saya dan patuh apabila diminta melakukan seks luar tabie,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Malah, katanya, isterinya yang pendiam itu tidak pernah mempersoalkan atau menegur kenapa diperlakukan sedemikian rupa ketika mereka bersetubuh.

Walaupun sudah setahun tinggal berasingan dengan isteri dan anak-anak, Ali masih meneruskan perhubungan terlarang dengan kekasih sama.

Dek kerana perbuatan terkutuknya itu, isteri pula yang menanggung derita penyakit kelamin hingga kini.

Isterinya itu difahamkan terpaksa berendam berjam-jam di pantai setiap minggu demi melegakan kesakitan dan kegatalan pada alat sulit.

Namun, kerana cinta, wanita bekerjaya di bidang agama itu menolak untuk membuat laporan polis berhubung jenayah seksual dilakukan suaminya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×