Kenali Bangsa Mongol, Bangsa Penakluk! - Utusan Malaysia

Kenali Bangsa Mongol, Bangsa Penakluk!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“AKU adalah azab daripada tuhan. Sekiranya kamu tidak melakukan dosa besar, tuhan tidak akan menjatuhkan hukuman seperti aku ke atas kamu.”

Itulah kenyataan luar biasa oleh penguasa terulung Mongol, Genghis Khan yang dipetik dari buku Kitab Tamadun Mongol tulisan Amir Asyraf Alwi.

Pada hakikatnya, ramai yang menyukai subjek sejarah kerana ia bukan sahaja membawa kita mengenali dunia silam bahkan ia menghiburkan.
Antara sejarah yang menjadi perhatian masyarakat kita ialah sejarah Mongol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nama Genghis Khan sering diulang dan dijulang kerana beliau dilihat sebagai seorang pemimpin perkasa, namun malangnya, latar belakang dan sejarah di sebalik bangsanya itu tidak begitu diketahui.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kekurangan bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan kerana kebanyakannya dalam bahasa inggeris.

Namun, buku Kitab Tamadun Mongol karangan bekas petugas media di Pejabat Menteri Besar Terengganu ini boleh dikatakan antara buku terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Sekilas tentang bangsa Mongol. Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang membina kuasanya dengan cara penaklukan yang kejam dan menakutkan, tetapi dalam hal ehwal pemerintahan, mereka boleh dikatakan sangat profesional, berfikiran terbuka dan sangat inovatif.

Mongol menjadi jurutera penting yang memanfaatkan setiap teknologi yang pernah dicipta oleh manusia yang kemudian membina empayar daratan terbesar dunia.

Oleh itu, kitab ini sememangnya akan membawa pembaca menelusuri kembali sejarah bangsa pemanah berkuda ini bermula daripada kejatuhan para pendahulu mereka, kelahiran dan kebangkitan konfederasi Mongol yang bersatu, perpecahan dan perang saudara yang melahirkan beberapa negeri Kekhanan kecil hingga berakhirnya era Khagan-khagan Mongol yang ditelan arus zaman.

Buku setebal hampir 500 muka surat ini sarat maklumat terperinci berkenaan bangsa ini, bermula dari sejarahnya, tradisinya, tokohnya dan kejatuhannya. Kesemuanya merangkumi lima bahagian dengan penggunaan ayat yang mudah.

Antara tajuk kegemaran saya ialah; pelaksanaan hukuman bunuh. Pada halaman 128 buku ini, dikatakan sepanjang zaman penaklukan dan peperangan yang membuka kepada jalan kebangkitan dan dominasi empayar Mongol, tentera Mongol dipercayai telah mengorbankan kira-kira antara 40 hingga 60 juta nyawa manusia!

Namun berdasarkan penulis, Mongol sebenarnya lebih mengharapkan agar musuh mereka menyerah kalah tanpa penentangan, sekali gus mengelakkan pertumpahan darah yang mengerikan.

“Lazimnya, pentadbir mahupun semua warga penduduk kota yang diceroboh akan dibiarkan terus hidup sekiranya mereka memilih untuk menyerahkan kota mereka dan sedia menjadi subjek Mongol tanpa memberikan sebarang penentangan.”

Empayar Mongol juga dilihat dengan pandangan negatif memandangkan mereka dikatakan punca kejatuhan Empayar Abbasiyah. Kisah bagaimana Khalifah al-Must’asim dibunuh sangat menggerikan. Namun, kaedah hukuman matinya agak pelik.

Buku ini boleh dibeli di laman sesawang thepatriots.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini