Tokong 64 tahun terbakar di hari Tahun Baharu Cina

Tokong 64 tahun terbakar di hari Tahun Baharu Cina

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran sebuah bersejarah di Segamat yang wujud sekitar tahun 1960-an.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sebuah tokong berusia 64 tahun yang merupakan antara tokong tertua di Segamat terbakar pada hari Tahun Baharu Cina di Jalan Genuang, di sini malam tadi.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mazuki Ismail, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.25 malam.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran sebuah tokong Cina yang berkeluasan 80 kaki x 160 kaki persegi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bahagian hadapan dan bumbung Tokong Ci Kuang Ting yang terletak di Jalan Genuang tersebut musnah kira-kira 6 peratus.

“Kebakaran melibatkan perkakas sembahyang dan bumbung bangunan dan pemadaman awal dilakukan oleh orang awam menggunakan dua unit alat pemadam api.

“Pihak bomba memadam sisa kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi awal pagi ini.

Tambah Mazuki, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat bersama tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian

Operasi ditamatkan pada pukul 9.33 malam.

Tokong Ci Kuang Ting adalah sebuah tokong bersejarah di Segamat yang wujud sekitar tahun 1960-an dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancong serta penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini