Dua penjawat awam terima rasuah RM5,000 ditahan SPRM Perlis - Utusan Malaysia

Dua penjawat awam terima rasuah RM5,000 ditahan SPRM Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan dua penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM5,000 bagi mempercepatkan proses bayaran kerja-kerja pembekalan yang dilaksanakan di negeri ini.

Kedua suspek berkenaan masing-masing seorang wanita dan lelaki berusia 40 serta 50-an ditahan kira-kira pukul 2 petang ini ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

Sumber memberitahu, suspek pertama seorang wanita telah ditahan kerana meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengurus syarikat yang dibuat melalui pindahan akaun sekitar penghujung tahun 2023 sebagai dorongan supaya mempercepatkan proses bayaran kerja-kerja pembekalan oleh syarikat tersebut.

“Sementara itu, tangkapan suspek kedua pula dibuat kerana disyaki rakan subahat kepada suspek pertama dalam penerimaan wang rasuah ini,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN