Selangor lepaskan Del Valle, Brendan

Selangor lepaskan Del Valle, Brendan

BRENDAN Gan merekodkan 80 penampilan sepanjang empat musim bersama Selangor sejak 2020 yang mana 75 daripadanya diturunkan dalam kesebelasan utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mengumumkan perpisahan dengan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ayron Del Valle dan kapten, Brendan Gan.

Keputusan Gergasi Merah melepas mesing gol mereka yang merekodkan 25 gol dalam 33 perlawanan dan antara penyumbang terbesar buat skuad itu dalam meraih gelaran naib juara Liga Super musim lalu dianggap mengejutkan.

Meskipun bergelut pada awal penampilannya namun Ayron membuktikan keupayaan sebenar apabila muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan mengumpul 23 gol, mengatasi penjaring terbanyak musim 2022, Bergson Da Silva dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu, Brendan yang merekodkan 80 penampilan sepanjang empat musim bersama Selangor sejak 2020 yang mana 75 daripadanya dia diturunkan dalam kesebelasan utama.

Pemain tengah kebangsaan berusia 36 tahun itu menyumbang 14 jaringan serta 12 bantuan gol buat Selangor.

Brendan yang merupakan pejuang kanser, cukup terkenal sebagai pemain yang berkaliber serta mempunyai sifat kepimpinan tinggi dalam pasukan.

Selain dua pemain itu, Selangor yang akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 musim depan turut melepaskan beberapa pemain lain termasuk Richmond Boakye, Rauf Salifu dan Zahril Zabri.

AYRON DEL VALLE

Boakye yang berasal dari Ghana menyertai Selangor pada pertengahan musim lalu dan membuat 15 penampilan dalam kancah bola sepak Malaysia dengan dia meledak enam jaringan serta membuat tiga bantuan gol.

“Selangor FC ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemain yang menabur bakti sepanjang bersama pasukan Merah Kuning. Jasamu sentiasa kami kenang dan semoga berjaya bersama pasukan baharu masing-masing,” kata kelab itu.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat itu, Selangor dilihat akan tampil dengan senjata baharu di beberapa posisi terutama bahagian serangan susulan ketiadaan Ayron dengan empat import telah berada dalam radar pasukan itu.

Juara Piala Malaysia 33 kali itu sebelum ini mengumumkan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dan beberapa pemain lain termasuk Safuwan Baharudin, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Harith Haiqal kekal bersama Gergasi Merah.

Sementara itu, pertahanan Uzbekistan, Umar Eshmurodov menjadi pemain import baharu Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2024-25.

Pertahanan berketinggian 185cm itu sebelum ini beraksi dengan kelab ternama Uzbekistan, FC Nasaf dan telah menjulang Uzbek Cup untuk tiga tahun beturut-turut iaitu pada musim 2021, 2022 dan 2023 serta Uzbek Supercup untuk musim 2022/2023 serta naib juara Piala AFC 2021.

“Secara jujurnya, saya menyimpan hasrat untuk beraksi bersama kelab di luar negara sejak dari dulu lagi. Selangor FC merupakan kelab pertama saya memilih untuk melebarkan sayap dalam karier bola sepak setelah 12 tahun beraksi di Uzbekistan dan saya yakin dengan keputusan ini.

“Saya berharap pengalaman luas beraksi di peringkat antarabangsa, baik untuk kelab mahupun untuk pasukan kebangsaan, Uzbekistan akan membantu saya membawa Selangor FC mencapai kejayaan untuk musim ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×