Sejuta kanak-kanak Gaza perlu sokongan kesihatan mental

Sejuta kanak-kanak Gaza perlu sokongan kesihatan mental

KANAK-kanak Palestin bermain di hadapan kem sementara yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Rafah, selatan Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan kira-kira 17,000 kanak-kanak di Gaza tidak ditemani atau dipisahkan daripada keluarga mereka semasa konflik.

Tambah agensi PBB itu, hampir semua kanak-kanak di kawasan itu memerlukan sokongan kesihatan mental.

Ketua komunikasi UNICEF untuk Wilayah Palestin, Jonathan Crickx, kanak-kanak di Gaza menunjukkan gejala seperti tahap kebimbangan berterusan yang sangat tinggi dan kehilangan selera makan. 

Katanya, kanak-kanak berkenaan tidak boleh tidur, mereka mengalami ledakan emosi, atau mereka panik setiap kali mendengar bom.

“Sebelum perang ini, UNICEF sudah mempertimbangkan bahawa 500,000 kanak-kanak sudah pun memerlukan kesihatan mental dan sokongan psikososial di Gaza. 

Hari ini, kami menganggarkan hampir semua kanak-kanak memerlukan sokongan itu dan itu lebih daripada satu juta kanak-kanak,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×