Akhimullah pemain terbaik Piala Dunia Hoki 5s

Akhimullah pemain terbaik Piala Dunia Hoki 5s

MOHAMAD Akhimullah Anuar Esook dinobatkan selaku pemain terbaik Piala Dunia Hoki 5s 2024. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Piala Dunia Hoki 5s 2024 pastinya akan menjadi satu kenangan terindah buat buat kapten skuad lelaki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

Anak jati Kemaman, Terengganu bukan sahaja berjaya membantu Malaysia mencipta sejarah muncul naib juara malah turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman itu.

Akhimullah mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan diharungi skuad kebangsaan dengan dia turut merekodkan 11 gol sepanjang kejohanan berlangsung.

Pemain berusia 23 tahun itu juga berjaya meledak satu gol ketika aksi final menentang pasukan gergasi Eropah, Belanda, semalam.

Pengiktirafan kepada Akhimullah itu turut menarik perhatian Menteri belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Kapten Malaysia memenangi anugerah Pemain Terbaik. Ini adalah kali pertama Piala Dunia ini diadakan.16 negara mengambil bahagian. Pemain Malaysia menang nombor dua awal pagi tadi di Oman. Ini adalah pasukan baru.

“Beberapa hari yang lalu beberapa artikel mengkritik Konfederasi Hoki Malaysia dan komen media sosial menyeru perubahan pengurusan. Kita tidak boleh meminta pertukaran pengurusan setiap kali atlet kita kalah dalam perlawanan.

“Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menambah baik ekosistem sukan di Malaysia. Fokuskan kita pada hari-hari mendatang dan dorong anak-anak kita bahawa semua perkara boleh dilakukan,” kata Hannah.

Dalam perlawanan itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas 2-5 di tangan Belanda yang juga pasukan nombor satu dunia.

Sementara itu, pemain Pakistan, Waheed Ashraf Rana muncul penjaring terbanyak kejohanan apabila merekodkan 23 gol manakala rakan sepasukannya, Hannan Shahid dipilih sebagai pemain muda terbaik.

Pemain Belanda, Joey van Walstijin pula dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×