Lelaki direman kemuka tuntutan palsu RM1.2 juta - Utusan Malaysia

Lelaki direman kemuka tuntutan palsu RM1.2 juta

Tuntutan palsu
BEKAS pemilik syarikat teknologi komputer dan perisian dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini. UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas pemilik syarikat berkaitan teknologi dan perisian komputer direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu pembekalan produk berjumlah RM1.2 juta kepada sebuah yayasan.

Majistret Farah Rosnan membenarkan permohonan tersebut terhadap suspek berusia 50-an selepas ditangkap dekat sebuah daerah di Johor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditangkap di sebuah daerah di Johor kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan terhadap suspek yang kini bekerja sebagai pengimpal telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2022.

“Hasil siasatan awal mendapati syarikat milik suspek telah dilantik sebagai rakan strategik kepada yayasan tersebut bagi membekalkan pakej perniagaan produk dan perkhidmatan bagi skim pembiayaan.

“Suspek telah menggunakan dan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada yayasan tersebut iaitu invois-invois pembekalan produk kepada peserta yang berdaftar di bawah skim pembiayaan berjumlah sekitar RM1.2 juta sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Sekyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×