Dakwaan berpecah cubaan lemahkan Bersatu - Utusan Malaysia

Dakwaan berpecah cubaan lemahkan Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan perpecahan dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya satu naratif dan propaganda untuk melemahkan perpaduan parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, ini kerana Bersatu berpotensi untuk menjadi alternatif kepada kerajaan melalui gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila lihat Bersatu mempunyai potensi besar, jadi timbul isu-isu untuk memecahbelahkan. Bayangkan bermula 2018, walaupun kecil, kita bagi impak. Masuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kerjasama dengan Pas kita bagi impak.

“Bayangkan 14 parti dalam kerajaan campuran ini, maka ada 14 ideologi. Saya tidak cemburui sesiapa jadi ketua negara sebab ia cabaran, tetapi nampaknya gagal dan itu sebab polisi dan dasar tidak boleh dilaksanakan dengan baik.

“Jadi apabila mereka pun akan rasa rapuh, maka mereka buat sedaya boleh supaya sebarang cubaan menggantikan kerajaan digagalkan, termasuk memporak porandakan Bersatu sebab orang Melayu terima kepimpinan PN,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud perpecahan dalaman Bersatu sehingga didakwa wujud dua kem.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pernah mendakwa, ramai ahli parlimen parti itu mahu Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai presiden baharu kerana mempunyai potensi besar bagi memimpin parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan bagaimanapun tidak menolak, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ahli parti, namun ia disalah tafsir sehingga menimbulkan spekulasi.

Kata beliau, individu boleh bertanding pemilihan parti sekiranya mereka merasakan layak untuk mengetuai hala tuju parti.

“Sapa-sapa rasa lebih baik untuk hala tuju parti, maka bertanding dan pemilihan pun tidak lama lagi.
“Kalau mahu tukar, tunggu pemilihan. Tetapi sekarang ini presiden masih ada iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, jadi tetap setia kepada pengurusan parti.

“Mungkin ada perbezaan pendapat dan mungkin ada orang sedang berkempen sehingga timbul macam-macam.

Jadi apabila pemilihan, maka akar umbi boleh melihat dan ukur siapa lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×