Dividen KWSP 2023 dijangka hingga 6% – Pakar ekonomi

Dividen KWSP 2023 dijangka hingga 6% – Pakar ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 lebih tinggi antara lima hingga enam peratus, didorong oleh prestasi yang baik untuk setiap suku pada tahun itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff pula berkata, dividen KWSP dijangka berada pada kadar 5.5 peratus untuk simpanan konvensional.

Katanya, dividen bagi simpanan syariah pula diunjurkan berada sekitar 5.0 peratus.

“Ini dipacu oleh prestasi di Bursa Malaysia dijangka lebih baik pada tahun 2023 berbanding 2022,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains İslam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata, pengagihan keuntungan KWSP diunjurkan masing-masing 6.0 peratus dan 5.6 peratus bagi simpanan konvensional dan syariah.

Menurutnya, jangkaan prestasi lebih baik itu didorong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan dan memacu kepada peningkatan pulangan dividen yang tinggi ini.

“Sudah pasti pencarum KWSP mengharapkan kadar pulangan yang lebih tinggi bagi 2023 sebagai jaminan simpanan mereka dihari tua memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap tahun,” ujarnya

Beliau menjelaskan, jangkaan kadar dividen lebih tinggi berikutan saiz dana KWSP bagi 2023 telah melebihi RM1.1 trilion membuktikan bahawa asas ekonomi negara yang semakin kukuh.

“Ini membolehkan dana tersebut diuruskan dengan bijaksana dengan melakukan pelaburan yang mampu menghasilkan pulangan tinggi serta pengurusan risiko yang cekap.,” katanya.

Pada 2022, KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×