Kos bahan binaan bangunan naik sehingga 1.8% pada Disember

Kos bahan binaan bangunan naik sehingga 1.8% pada Disember

ecrl
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga seunit besi merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 1.8 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan tertinggi harga seunit besi adalah di Perak (1.8 peratus), diikuti Johor (1.1 peratus) dan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.2 peratus).

Katanya,  perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih mencatatkan tiada perubahan dalam indeks harga seunit bagi bahan binaan utama seperti batu baur, pasir dan papan lapis bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Indeks harga seunit keratan keluli dan logam juga kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Terdapat sedikit penurunan dalam indeks harga bahan ini bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.1 peratus), Kota Kinabalu (0.2 peratus) dan Miri (2.0 peratus).

“Peningkatan kecil dalam indeks harga bahan ini di kawasan Perak dan Kuching iaitu masing-masing 0.1 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Uzir berkata, perbandingan bulanan pada Disember 2023 turut mencatatkan indeks seunit harga simen kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×