Tak apalah, jaga kesihatan - Anwar

Tak apalah, jaga kesihatan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : ‘Tak apalah, jaga kesihatan’, demikian saranan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya tentang penyusunan langkah politik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan terus beredar untuk menghadiri ke program seterusnya selepas merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

“Tak apalah… jaga kesihatan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tun Mahathir dalam kenyataan hari ini berkata, ramai masih ingat ‘Langkah 16 Sept’ 2008 untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang dan ‘Langkah Kajang’ bagi menukar Menteri Besar Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable dan convincing majority’.

“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil alih Kerajaan secara ‘backdoor’,” katanya dalam hantaran X.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×