Data PADU penting untuk bentuk dasar, subsidi bersasar – Pakar

Data PADU penting untuk bentuk dasar, subsidi bersasar – Pakar

DATA daripada PADU boleh digunakan untuk menganalisis maklumat terperinci bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Data mikro daripada Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) boleh menjadi asas penting untuk mewujudkan polisi, prosedur dan pelaksanaan sistem subsidi bersasar di negara ini.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berpendapat, melalui PADU, kerajaan boleh menganalisis data yang mengandungi maklumat terperinci bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Katanya, ini dengan melakukan simulasi, analisis sensitiviti setiap kesan kadar serta bentuk subsidi menggunakan data terperinci ini.

“Kemudian subsidi boleh disalurkan melalui aplikasi tertentu menggunakan telefon pintar untuk membolehkan setiap isi rumah mendapat faedah secara terus dan ‘in real time’.

“Sekiranya ada apa-apa perubahan atau penyelarasan boleh dibuat dalam masa ‘sejenak’ (real time). Ini boleh meliputi subsidi petrol, diesel, minyak masak, beras dan lain lain seperti ayam dan telur di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelas beliau, data tersebut boleh digunakan untuk melakukan simulasi kesan sampingan dari pemberian subsidi dan juga penghapusan subsidi.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains İslam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata, sistem tersebut perlu mampu memelihara serta menangkis masalah kebocoran pangkalan data.

“Perkara ini perlu bagi mengelakkan sistem disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan mereka seperti kebocoran maklumat serta penjualan data kepada pihak ketiga.

“Melalui pangkalan data ini pelbagai maklumat dapat dirumuskan oleh kerajaan bagi merangka supaya struktur sosioekonomi berada dalam rangka Maqasid Syariah.

“Bagaimanapun, penting untuk kerajaan memastikan pangkalan data ini tidak dısalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU hari ini di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PADU dibangunkan bagi mengumpul seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah sekali gus membantu kerajaan mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

PADU dibangunkan sepenuhnya penjawat awam dari tiga agensi utama yang terdiri daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×