Geopolitik cabaran utama ekonomi 2024

Geopolitik cabaran utama ekonomi 2024

MALAYSIA jatuh tujuh tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar Ekonomi menjangkakan geopolitik menjadi antara cabaran utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2024.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, antara cabaran geopolitik itu termasuk krisis Ukraine-Rusia dan Israel-Palestin serta perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

“Krisis geopolitik seperti ini akan memberikan impak kepada ekonomi negara pada tahun 2024 jika terus berlarutan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmed Razman berkata, ekonomi 2024 mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)  tahun ini, tenaga buruh kerja yang meningkat dan pertumbuhan KDNK yang sentiasa positif setiap suku tahun.

Beliau berharap ekonomi Malaysia pada 2024 akan kekal menunjukkan pertumbuhan yang positif sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, selain dari geopolitik, cabaran dari penularan virus Covid-19 boleh mengekang perkembangan ekonomi negara.

Beliau berkata, peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan kos sara hidup terus meningkat dan berubah-ubah dari masa ke semasa juga akan mempengaruhi ekonomi tahun hadapan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×