IPO: Wentel Engineering, TA Securities jalin kerjasama

IPO: Wentel Engineering, TA Securities jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wentel Engineering Holdings Berhad (Wentel Engineering) memeterai perjanjian penajaan jamin dengan TA Securities Holdings Berhad (TA Securities) untuk tawaran awam permulaan (IPO) Syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

IPO melibatkan terbitan awam sebanyak 273,200,000 saham biasa baharu (saham terbitan awam) dan tawaran untuk penjualan 46,000,000 saham biasa sedia ada.

Syarikat itu berkata, daripada 273,200,000 saham terbitan awam, sebanyak 57,500,000 saham akan disediakan kepada orang ramai Malaysia melalui pengundian.

Selain itu, 33,000,000 saham lagi akan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan lain-lain individu layak  yang telah menyumbang kepada kejayaan Wentel Engineering dan anak syarikatnya.

“Sebanyak 38,950,000 saham akan diperuntukkan melalui tawaran persendirian kepada pelabur terpilih dan baki 143,750,000 saham diperuntukkan untuk pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” katanya dalam kenyataan.

Menurut perjanjian itu, TA Securities akan menaja jamin sejumlah 57,500,000 saham terbitan awam sebagai bahagian yang disediakan kepada orang ramai Malaysia melalui pengundian.

Pengarah Eksekutif Wentel Engineering, Wong Chun Wei berkata, pemeteraian perjanjian melambangkan peristiwa penting untuk Wentel Engineering kerana ia membawa Syarikat lebih dekat untuk menjadi entiti tersenarai.

Jelasnya, IPO akan menyediakan pembiayaan untuk pengembangan Syarikat dan membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan masa depan Kumpulan.

“Tumpuan kami adalah untuk menubuhkan kilang pembuatan baharu dan pembelian jentera serta peralatan baharu untuk merebut peluang di Malaysia dan Singapura dengan menyasarkan pelanggan sedia ada dan baharu.

“Pada masa sama,  kami akan terus memanfaatkan kekuatan kami dalam fabrikasi produk logam separuh siap, fabrikasi logam bahagian dan pemasangan produk siap untuk mengembangkan lagi perniagaan kami pada masa hadapan,” katanya.

Selain menjadi penaja jamin tunggal IPO Wentel Engineering, TA Securities juga merupakan Penasihat Prinsipal, Penaja dan Ejen Penempatan untuk penyenaraian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×