KLIA terima pengiktirafan ACI

KLIA terima pengiktirafan ACI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima pengiktirafan untuk standard perkhidmatan pengalaman pelanggan yang cemerlang oleh Airports Council International (ACI).

Program Akreditasi Pengalaman Pelanggan Lapangan Terbang ACI (ACEA) mengiktiraf KLIA dengan mencapai Tahap 2, mencerminkan kejayaan dalam mengatur perjalanan lancar yang memfokuskan  penumpang bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

Ketua Pengarah ACI, Luis Felipe de Oliveira berkata, KLIA  telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan pengalaman pelanggan selaras dengan amalan yang disyorkan dan piawaian industri

“Pengiktirafan ini merupakan pencapaian hebat menandakan fokus Malaysia Airports untuk meningkatkan pengalaman dan perkhidmatan pelanggan secara berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Malaysia Airports berkata, Kumpulan menyaksikan lonjakan dalam trafik penumpang bagi sektor tertentu pada November 2023 dan mencatatkan sejumlah 6.6 juta pergerakan penumpang di dalam negara.

“Bagaimanapun, bagi sektor antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) menyumbang kepada prestasi keseluruhan kerana masing-masing mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus dan 13 peratus daripada bulan sebelumnya,” ujarnya.

Jelasnya, PEN merekodkan 295,000 penumpang antarabangsa pada November 2023 berbanding 276,000 penumpang pada Oktober 2023, manakala LGK merekodkan 20,000 penumpang antarabangsa berbanding 18,000 penumpang dalam tempoh yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×