Tony gagal nilai HSR dari aspek limpahan - Puad Zarkashi

Tony gagal nilai HSR dari aspek limpahan – Puad Zarkashi

PUAD ZARKASHI dan TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO menemplak bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Tony gagal menilai HSR daripada aspek limpahan.

Kata beliau, HSR merupakan ‘game changer’ (perubahan) yang akan membangunkan kawasan sekitar stesennya dan membawa manfaat ekonomi.

“Tony Pua berpendapat lebih jimat sediakan penerbangan percuma berbanding Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari KL ke Singapura. Maksudnya kerajaan kena bagi tiket percuma. Dengan kata lain mereka yang ke Singapura dan sebaliknya sahaja yang dapat manfaat.

“Sedangkan HSR memberi manfaat pada semua pengguna. HSR tidak guna dana kerajaan. HSR inisiatif swasta.

“Kenapa Tony Pua tidak mengkritik projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Apakah ia prioriti? Pulau Pinang sudah ada dua jambatan. Mujur Tony Pua tiada lagi jawatan dalam kerajaan. Dia makin tersisih dalam politik DAP, dia punahsihat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu,Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara itu berkata, penerbangan bagi Kuala Lumpur-Singapura Changi merupakan laluan udara paling sibuk di dunia, membabitkan 4.9 juta tempat duduk.

“Mengandaikan lebih kurang RM400 bagi setiap satu kerusi, ia akan membabitkan kurang RM2 bilion bagi nilai tiket penerbangan setahun

“Masih ramai mendesak untuk menghidupkan semula HSR yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura sebagai alternatif. Jika kerajaan mahu membiayainya,  kali terakhir saya semak lebih kurang RM80 bilion termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain, tidak termasuk faedah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×