KL-Changi laluan antarabangsa tersibuk di dunia - OAG

KL-Changi laluan antarabangsa tersibuk di dunia – OAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan Kuala Lumpur-Changi Singapura merupakan laluan antarabangsa paling sibuk di dunia, menurut laporan Laluan Tersibuk 2023 oleh platform data industri pelancongan global, OAG.

Menurut laporan itu yang disiarkan oleh Bernama, rantau Asia Pasifik sekali lagi mempunyai laluan paling sibuk di dunia, menduduki tujuh daripada 10 laluan antarabangsa teratas dan sembilan bagi perjalanan domestik.

Mengikuti rapat ialah laluan Kaherah (CAI) ke Jeddah (JED) dengan 4.8 juta tempat duduk, meningkat daripada 3.4 juta pada 2019, manakala Hong Kong (HKG) ke Taipei (TPE) menduduki tempat ketiga.

Ketua Penganalisis OAG, John Grant berkata, Asia terus mempunyai laluan paling sibuk di dunia, kerana popularitinya sebagai kawasan tumpuan pelancongan.

“Walaupun kapasiti tidak kembali ke tahap 2019, London Heathrow (LHR) kekal sebagai hab penting untuk perjalanan udara global,” katanya, menurut laporan itu.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta Hartsfield-Jackson (ATL) di Amerika Syarikat (AS) merupakan lapangan terbang paling sibuk di dunia, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) di tempat kedua.

Lapangan terbang Heathrow London pula muncul sebagai lapangan terbang keempat paling sibuk di dunia dengan 49,370,859 tempat duduk.

Bagi kategori penerbangan di peringkat domestik, Beijing (PEK) ke Shanghai Hongqiao (SHA) merupakan laluan paling sibuk di China, manakala Honolulu (HNL) ke Kahului (OGG) laluan tersibuk di AS.

Laporan itu menyebut, analisis dikuasakan oleh Data Jadual Penerbangan Global OAG dan memberikan gambaran keseluruhan prestasi laluan dan arah aliran, di peringkat antarabangsa dan domestik.

Menurutnya, OAG yang beribu pejabat di United Kingdom, turut beroperasi di AS, Singapura, Jepun, China dan Lithuania. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×