Pilihan raya PBT tidak wajar, kos tinggi

Pilihan raya PBT tidak wajar, kos tinggi

KERAJAAN perlu menyediakan kos sebanyak RM308 juta untuk keseluruhan proses pilihan raya PBT sekiranya membabitkan 154 PBT dengan anggaran minimum RM2 juta bagi setiap PBT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasinya perlu disemak semula ekoran kos yang tinggi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Mohd. Afifi Abdul Razak berkata, adalah tidak wajar untuk adakan pilihanraya PBT dan Dewan Negara yang bukan sahaja kos kewangannya sangat tinggi tetapi kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa kesan lain.

“Pilihanraya PBT sebagaimana pilihanraya yang lain akan memberikan impak negatif kepada struktur politik negara yang bakal mencetuskan perpecahan politik dalam negara khasnya di kalangan tiga kaum terbesar di Malaysia. Hal ini pernah diutarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pilihan raya PBT pastinya tidak akan memberikan apa-apa keuntungan politik kepada rakan kongsi Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan Madani iaitu UMNO-BN.

“Majoriti penduduk bukan Melayu yang menguasai bandar-bandar di seluruh negara tidak akan memberi undi kepada calon Melayu. UMNO pastinya akan rugi untuk jangka masa panjang,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasinya bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Selain itu, kata Afifi, jika diadakan juga, bakal timbul persoalan berkaitan siapakah sebenarnya yang layak mengundi bagi pilihan raya itu.

“Jika kelayakan mengundi hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan dalam sempadan sesuatu kerajaan tempatan, ia merupakan diskriminasi kepada ‘penduduk siang’ iaitu mereka yang datang dari luar, tetapi bekerja di kawasan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya pilihanraya PBT diadakan juga, kerajaan pusat terpaksa menanggung kos kewangan yang sangat tinggi iaitu kos pelaksanaannya dijangka melibatkan kira-kira RM2 juta bagi setiap PBT.

“Jika ada 154 PBT, bermakna kerajaan perlu menyediakan kos sebanyak RM308 juta untuk keseluruhan proses pilihan raya tersebut di mana kos RM2 juta bagi setiap PBT ini adalah kos yang sangat minimum.

“Mungkin kos sebenar jauh lebih tinggi kerana peningkatan harga barang dan kos sara hidup. Tambahan pula ini belum diambil kira kos perbelanjaan yang akan ditanggung oleh parti dan calon yang bertanding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×