Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.

Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) mengadakan ‘Jualan Mega Akhir Tahun’ (YES) yang berlangsung sepanjang Disember, menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk.

Pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk F&B dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian di mrdiy.com.my.

Antara tawaran yang menarik adalah peneduh matahari statik (2’s) (38cm x 44 cm) berharga RM3.50 (harga biasa: RM5.30); pelekat dinding dapur (90cm x 60cm) – pada RM2.30 (harga biasa: RM3.50) dan pembersih pelbagai permukaan DETTOL (lavender/citrus – 1.5L + 500ml) – berharga RM14.90 (harga biasa: RM18.30).

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai peruncit perkakas rumah, Syarikat tidak berbelah bahagi dalam komitmen menyediakan rakyat Malaysia dengan nilai yang luar biasa.

“Jualan Mega Akhir Tahun kami bukan sekadar inisiatif biasa, ia adalah sambutan untuk penjimatan. Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai yang luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada “Always Low Prices”,” katanya dalam kenyataan.

Berita baik kepada para pelanggan Kumpulan MR D.I.Y., mereka yang layak menebus RM100 eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40 dan menikmati pulangan tunai RM2 apabila menggunakan fungsi “Pay”  Touch ‘n Go eWallet di cadangan yang mengambil bahagian.

“Rebut peluang untuk menambah barangan keperluan, menghias semula ruang rumah dan menyambut tahun baharu dengan penjimatan dengan Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.!,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×