Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur kekal berhati-hati

Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur kekal berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang rumusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS lewat hari ini yang akan menentukan kadar faedah akhir tahun di negara berkenaan.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.20 pagi, indeks barometer kehilangan 2.69 mata kepada 1,444.43, berbanding penutupan semalam pada 1,447.12.

FBM KLCI dibuka 1.04 mata lebih rendah pada 1,446.08.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 191 berbanding 175, manakala 288 kaunter tidak berubah, 1,669 tidak diniagakan dan 21 lagi kaunter digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 383.34 juta unit bernilai RM158.50 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, KLCI berakhir `mendatar’ semalam kerana aktiviti `pengumpulan’ membantu menaikkan indeks di tengah-tengah sesi yang kurang memberangsangkan.

Beliau berkata, sentimen keseluruhan kekal berhati-hati ditambah dengan reaksi `neutral’ terhadap rombakan Kabinet semalam.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks untuk skala lebih tinggi dalam julat 1,445 hingga 1,455,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd. (Maybank) tidak berubah pada RM9.07 sesaham, Public Bank Bhd. susut satu sen pada RM4.24, CIMB Group Holdings Bhd. turun dua sen pada RM5.77, dan Tenaga Nasional Bhd. turun lima sen pada RM9.88.

Kaunter rugi dalam kalangan saham wajaran tinggi ialah CelcomDigi Bhd. yang susut tiga sen kepada RM4.07, Sime Darby Plantation Bhd. turun lima sen kepada RM4.44, Nestlé (Malaysia) Bhd. susut RM1.20 kepada RM116.50, dan Maxis Bhd. turun dua sen kepada RM3.81.

Bagi saham aktif, Sarawak Cable Bhd. mengumpul enam sen kepada 27 sen, Bina Puri Holdings Bhd. memperoleh setengah sen kepada sembilan sen, Handal Energy Bhd. tidak berubah pada 13 sen, dan Velesto Energy Bhd. turun satu sen kepada 21.5 sen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×