Ringgit didagangkan lebih baik berbanding mata wang utama

Ringgit didagangkan lebih baik berbanding mata wang utama

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS disebabkan peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini, kata penganalisis.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/6888 berbanding dolar daripada penutup semalam pada 4.6830/6855.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, sebarang tanda kecenderungan `dovish’ (polisi monetari berdiplomasi) oleh Rizab Persekutuan AS akan menjadi positif bagi ringgit.

Beliau berkata, ia akan dinyatakan dalam kenyataan FOMC apabila ia menerbitkan keputusan malam ini, dengan unjuran suku tahunan terkini untuk pembolehubah ekonomi makro pada 2024, 2025 dan 2026.

“Saya rasa ia menjadi sikap tunggu dan lihat hari ini,” katanya.

Mengenai rombakan Kabinet semalam, beliau berkata, ia masih belum memberi kesan positif kepada ringgit.

“Bagaimanapun, perubahan kepada barisan Kabinet sepatutnya positif untuk pasaran mata wang dalam jangka sederhana, kerana perlu ada lebih kejelasan mengenai pelaksanaan dasar dan hasil,” katanya.

Ringgit turut diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8790/8872 daripada 5.8842/8873 pada penutupan semalam. Ringgit menambah nilai berbanding euro kepada 5.0532/0602 daripada 5.0548/0575, dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2173/22222 daripada 3.2173/2220.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.42/8.43, dan meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.2 daripada 299.7/300.1.

Mata wang tempatan lebih kukuh sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.4890/4941 berbanding 3.4898/4920, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0988/1239 daripada 13.1261/1390 pada penutup semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×