Keperluan boleh berbahasa Melayu bagi warganegara Malaysia tidak seharusnya menjadi isu dan dipersoalkan. Itu adalah bahasa kebangsaan sejak merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan negara.
Kalau rakyat Malaysia sendiri tidak boleh berbahasa Melayu, siapa lagi yang mahu menggunakan bahasa berkenaan.
Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari. Sebab itu, ramai pekerja asing di negara ini terutama warga Bangladesh boleh bercakap bahasa itu hanya dalam beberapa bulan berada di negara ini. Mereka bukannya masuk ke kelas untuk belajar, cuma mendengar orang ramai bercakap dan mempraktikkannya.
Walaupun tatabahasa mungkin tidak betul tetapi apa yang hendak disampaikan biasanya difahami. Itu sudah memadai. Dan yang paling penting ia memudahkan mereka berurusan dengan kebanyakan orang di negara ini sama ada ketika bekerja atau dalam pergaulan harian.
Selain pekerja asing, ramai lagi warga asing termasuk dari Eropah, Australia, Jepun dan Korea yang tertarik dan belajar bahasa Melayu. Dengan kefasihan itu, mereka mampu cari makan dengan membuat content di media sosial seperti YouTube dan Tik Tok. Siapa kata bahasa Melayu tidak nilai komersial?
Rhys William atau lebih dikenali sebagai Mat Saleh Cari Makan bukan sahaja sudah boleh bercakap bahasa Melayu, malah boleh membuat review makanan melayu dan menulis blog dalam bahasa Melayu.
Seorang lagi ialah Mat Dan. Dia boleh bertutur dalam loghat Terengganu dan kini sudah pun berkahwin dengan orang Melayu. Cassidy Anderson dari Australia pula gemar menyanyikan lagu bahasa Melayu.
Begitulah indahnya bahasa Melayu. Usah diperlekehkan. Kalau lama berada di luar negara dan berpeluang berjumpa pula dengan rakyat Malaysia yang lain, bertanya khabar dalam bahasa Melayu menambahkan lagi keakraban.
Justeru, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada kompromi untuk seorang warganegara perlu menguasai bahasa kebangsaan, janganlah ia dijadikan isu.
Kata beliau, ia juga bagi mengelak sebarang syak wasangka ketika memperbaharui dokumen pengenalan diri rasmi.
Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, bahasa kebangsaan pastinya menjadi alat utama menyatukan semua kaum dan menjadi jati diri anak Malaysia. Kalau kita seorang warganegara tetapi tidak boleh berbahasa Melayu, mesti ada yang tidak betul pada diri kita.
Jangan salahkan orang lain jika tahap penguasaan bahasa kita lemah tetapi salahkan diri sendiri. Tidak ada alasan boleh diberikan. Kalaupun kita belajar di sekolah jenis kebangsaan atau sekolah antarabangsa, ia tetap tidak boleh dijadikan alasan.
Menjadi tanggungjawab setiap warganegara menguasai bahasa kebangsaan kerana ia adalah lambang identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan alat penyatuan seluruh rakyat.
Tiada alasan tak tahu berbahasa Melayu

Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved