Agrobank raih 5 anugerah MPRA 2023

Agrobank raih 5 anugerah MPRA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank meraih lima anugerah menerusi kempen dan inisiatif perhubungan awamnya dalam Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2023 (MPRA).

Agrobank berkata, lima anugerah itu adalah Anugerah Pelancaran Pengguna; Anugerah Pelancaran Produk (B2B); Anugerah Komunikasi Syarikat; Anugerah Komunikasi Kewangan dan Anugerah Kandungan Terbaik.

“Agrobank komited merangka pelan strategik serta mengukuhkan peranan pembangunannya sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dalam memacu pembangunan ekonomi sektor pertanian,” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir di majlis itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Agrobank, Rosdi Effendi dan Ketua Pengalaman Pelanggan Agrobank, Katheja Begum.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Kumpulan berbesar hati menerima pengiktirafan  oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia di MPRA 2023.

“Kami proaktif menyediakan solusi kewangan terbaik serta pendekatan holistik bagi produk perbankan dan perkhidmatan, menerusi pelan komunikasi dan kempen perhubungan awam yang berkesan.

“Pengiktirafan ini juga simbolik inisiatif kami dalam mempelbagaikan saluran komunikasi bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat khususnya pelanggan kami mengenai manfaat yang ditawarkan oleh Agrobank,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×