KERAJAAN telah membentangkan kertas putih gaji progresif minggu lalu.
Berdasarkan anggaran awal kerajaan akan menyediakan RM2 bilion di bawah program menaikkan gaji satu juta pekerja.
Program gaji progresif yang akan dilaksanakan bermula suku ketiga tahun hadapan akan disasarkan kepada pekerja bergaji kurang RM5,000. Langkah ini perlu kerana fenomena gaji rendah ini telah berlarutan lebih dua dekad. Kebanyakan jawatan masih dikekang tangga gaji memalukan untuk negara dengan keluaran dalam negara kasar lebih RM1.4 trilion.
Gaji wartawan yang memulakan kerjaya 32 tahun lalu hanya naik sekali ganda kepada RM2,200 hari ini. Cuma bezanya pada masa itu, roti canai dan teh tarik hanya RM1 selain makanan disediakan di kebanyakan majlis.
Masalahnya ia bukan hanya bidang media. Kebanyakan bidang lain menderita perkara sama. Ia seperti selepas 32 tahun Malaysia tiada inflasi. Peguam muda, jurutera, akauntan, dan banyak profesion lain mengalami tekanan gaji rendah. Pekerja bergaji minimum RM1,500 berada di tahap kemiskinan jika menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan bandar besar lain.
Apa yang penting, pelaksanaan gaji progresif ini tidak harus membabitkan semua syarikat.
Kerajaan harus mempunyai kriteria syarikat mana boleh memohon menyertai skim ini. Syarikat kewangan dan bank harus dikecualikan kerana keuntungan dijana mereka terlalu besar untuk dimanjakan kerajaan.
Bank terbesar di Malaysia mencatatkan hampir RM8 bilion keuntungan bersih. Malah tiga syarikat terbesar di Bursa Malaysia adalah bank dengan nilai pasaran sehingga Jumaat lalu RM253.93 bilion.
Semua syarikat senaraian awam dengan nilai pasaran lebih RM500 juta hingga Maybank yang bernilai RM108 bilion harus dikecualikan daripada skim ini.
Syarikat berkaitan kerajaan tidak harus terbabit kerana mereka menerima beberapa kelebihan daripada kerajaan. Syarikat milik kerajaan negeri juga tidak harus dimasukkan kerana kebanyakannya tidak berteraskan keuntungan dan bergantung kepada suntikan dana.
Syarikat terpilih harus dimiliki sepenuhnya oleh warga tempatan terutama usahawan bumiputera yang terbukti mampu berjaya. Syarikat juga harus menghantar penyata kewangan lengkap untuk tempoh tertentu bagi menilai sama ada mereka diuruskan secara profesional.
Sebabnya, wang RM2 bilion tidak harus terbuang seperti penipuan skim Perkeso ketika bantuan Covid-19. Syarikat kecil dan sederhana dengan potensi berkembang harus diterima dalam program gaji progresif ini.
Bidang-bidang profesional harus menjadi tumpuan sebagai pengiktirafan terhadap kelayakan pekerja dan ijazah yang mereka peroleh. Firma profesional sederhana dan kecil harus dimasukkan dalam ke dalam skim ini kerana ia cara menyamakan pendapatan dengan rakan setaraf di firma besar. Ia juga membolehkan firma ini menarik profesional lebih baik.
Semua kriteria ini harus dijadikan landasan kerajaan. Manusia tidak sempurna. Mereka melakukan kesalahan dan diharap diberikan kemaafan. Tetapi kerajaan tiada pilihan dalam skim gaji progresif kerana ia tidak boleh dihentikan. Peruntukan RM2 bilion diberikan harus sentiasa ada walaupun bertukar kerajaan kerana apabila gaji dinaikkan ia tidak boleh turun.
Kunci kepada program ini adalah mengenal pasti pekerja, siapa dan syarikat mana yang akan mendapat manfaat terbaik. Jika tidak ia menjadi satu lagi bentuk subsidi yang tidak menguntungkan negara dan diperoleh oleh golongan yang tidak layak.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Gaji progresif-bukan untuk semua syarikat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved