SETIAP tahun hampir 17 peratus daripada peruntukan Kementerian Kesihatan iaitu hampir RM10 bilion digunakan bagi menangani penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi.
Sebahagian besarnya lebih kepada penyakit kencing manis atau diabetes kerana Malaysia antara negara yang mempunyai penghidapnya paling tinggi di Asia.
Puncanya ialah pengambilan gula berlebihan. Sama ada dalam minuman atau makanan.
Begitu juga dengan darah tinggi dan kolesterol berlebihan. Kedua-duanya ada kaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat, terutama makanan.
Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, seorang daripada lima rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes tahap dua (T2DM).
Lebih menakutkan, angka ini dijangka meningkat kepada 31.3 peratus menjelang 2025. Dalam erti kata lain, seorang daripada tiga orang dewasa bakal menghidap diabetes tahap dua.
Maknanya lebih ramai rakyat Malaysia akan menghidap penyakit ini dan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akan meningkat.
Umum mengetahui kaitan antara penyakit diabetes dan pengambilan gula serta impaknya terhadap tahap kesihatan rakyat. Namun tidak ramai yang mahu membincangkan perkara ini secara aktif seperti rokok dan vape. Sedangkan mudarat yang dibawa oleh pengambilan gula berlebihan jauh lebih tinggi daripada bahaya merokok atau vape.
Kalau mahu bercakap mengenai kesihatan umum secara keseluruhan dan implikasinya kepada kewangan negara, maka gula juga perlu dimasukkan dalam senarai tabiat yang memudaratkan seperti rokok.
Mungkin dengan mengapungkan harga gula ia akan membantu mengawal penyakit diabetes di negara ini dan menjadikan rakyat kita lebih sihat. Malah mungkin akan mengurang jumlah orang yang perlu dipotong anggota badannya akibat kencing manis.
Jika ada kempen besar-besaran terhadap rokok, hal yang sama perlu dibuat pada gula kerana mudaratnya lebih kurang sama. Sampai bila negara kita mahu menjuarai penyakit kencing manis di Asia?
Sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap rumah di Malaysia ada penghidap kencing manis, yang memerlukan rawatan dan jagaan rapi.
Ada anak terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu atau bapa yang kencing manis. Ini juga kerugian kepada ekonomi negara.
Satu lagi penyakit yang turut menuntut pembiayaan tinggi daripada kerajaan adalah kanser. Setiap tahun berbilion ringgit juga duit perlu dibelanjakan untuk tanganinya.
Apabila bercakap tentang kanser ia akan kaitkan dengan rokok. Sebab itu dipinda undang-undang berkaitan rokok dan tembakau. Termasuk mahu melahirkan generasi bebas rokok (GEG).
Realitinya kanser bukan berpunca daripada rokok semata-mata. Alkohol turut menyumbang kepada kanser dan pelbagai penyakit lain. Mabuk akibat pengambilan alkohol juga boleh membunuh.
Tetapi tidak ada orang bercakap tentang generation end game untuk alkohol.
Pendek kata, rokok, gula dan alkohol boleh mencetuskan malapetaka kesihatan kepada rakyat. Tetapi sekarang masyarakat lebih melihat rokok sebagai musuh utama. Sedangkan gula dan alkohol juga sudah membunuh ramai penduduk Malaysia selain ada yang cacat seumur hidup kerananya. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Rokok, gula, alkohol mana lebih mudarat?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved