Duopharma, RenalWorks tingkat perkhidmatan dialisis 

Duopharma, RenalWorks bekerjasama tingkat perkhidmatan dialisis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad dan RenalWorks Malaysia Sdn. Bhd. bekerjamsa bagi meningkatkan perkhidmatan dialisis melalui penyediaan perisian dialisis RenalGenie Electronic Health Record (EHR) proprietari.

Duopharma dalam kenyataan berkata, perisian itu diperkenalkan secara rasmi kepada penyedia penjagaan kesihatan berikutan pemeteraian perjanjian antara Duopharma (M) Sendirian Berhad dengan RenalWorks Malaysia Sdn. Bhd.

“Duopharma Biotech menjadi Rakan Jualan dan Pemasaran Eksklusif untuk perisian dialisis RenalGenie EHR dengan potensi pengembangan ke pasaran ASEAN lain pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Duopharma berkata, perisian dialisis RenalGenie EHR juga mematuhi piawaian antarabangsa untuk kualiti, keselamatan, keselamatan dan privasi.

“Perisian ini diperakui di bawah Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 untuk reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pengedaran dan perkhidmatan sokongan pentadbiran, kewangan dan pengurusan untuk perisian klinikal.

“Ia selaras dengan Akta Kemudahalihan dan Akauntabiliti Insurans Kesihatan Amerika Syarikat (HIPAA) dan keperluan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, adalah penting untuk meletakkan asas sekarang bagi sistem penjagaan kesihatan untuk menyokong keperluan masa depan ini.

“Dari segi dialisis, Malaysia malangnya melihat peningkatan dalam penyakit buah pinggang dan pesakit kegagalan buah pinggang pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Di samping itu, pelaksanaan perisian dialisis RenalGenie EHR sejajar dengan usaha negara dalam mengembangkan pendigitalan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan hasil keseluruhan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan RenalWorks Pte Ltd, Chan Wai Chuen berkata, RenalWorks menginovasikan RenalGenie untuk mencapai standard baharu dalam penjagaan pesakit, keselamatan dan hasil dengan fungsi rawatan komprehensif.

“RenalGenie meningkatkan efisiensi dan mengurangkan kos di kemudahan penjagaan kesihatan melalui penjadualan dan algoritma pengebilan otomatis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×