Kerajaan dijangka mula melaksanakan subsidi bersasar bagi petrol RON95 pada separuh kedua tahun depan. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pelaksanaan program itu sebagai langkah mengoptimumkan subsidi bahan api kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Pangkalan Data Utama (Padu) yang kini dikatakan sudah lebih 70 peratus dilengkapkan akan menjadi asas kepada siapa yang layak dan siapa yang tidak layak menerima subsidi petrol.
Bagaimana cara agihan subsidi itu, kerajaan belum umumkan. Ada yang kata menerusi MyKad, ada yang kata menerusi pemberian tunai.
Berdasarkan harga minyak dunia semasa, tanpa subsidi, RON95 berharga sekitar RM3.20 seliter, menyaksikan peningkatan sebanyak RM1.10 seliter.
Kalau kita biasa isu minyak RM50 dan mendapat 23.8 liter, selepas ini dengan setengah ratus ringgit itu, kita akan mendapat 15.6 liter petrol. Kalau mahu 23.8 liter, kena tambah RM26.16.
Bagi mereka di Lembah Klang yang berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, diburukkan pula dengan kesesakan, peningkatan itu memang membebankan.
Sebenarnya, harga petrol adalah isu sentiasa menjadi perhatian rakyat. Isu ini juga sering dipolitikkan kerana isu paling mudah untuk menarik sokongan rakyat, selain isu agama dan bangsa.
Siapa pun yang berada di pihak pembangkang, mereka semacam tidak mahu melihat beban subsidi kepada kewangan kerajaan.
Sebab itu apabila kerajaan hari ini mahu menghapuskan subsidi bahan api, maka keluarlah semula klip video ucapan pemimpin-pemimpin berkenaan ketika menjadi pembangkang yang menjanjikan petrol serendah RM1.50 dalam tempoh 24 jam selepas mengambil alih kerajaan.
Hakikatnya, subsidi petrol secara pukal memang tidak adil. Data menunjukkan golongan T20 yang berkereta besar paling mendapat manfaat. Mereka memanfaatkan 53 peratus daripada keseluruhan subsidi bernilai RM55 bilion setahun itu. RM55 bilion itu adalah 60 peratus daripada keseluruhan subsidi ditanggung kerajaan.
Namun, tanpa subsidi tidak semestinya harga petrol akan kekal tinggi. Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan ketika itu pernah memperkenalkan harga petrol yang diapungkan dan berubah setiap minggu.
Memang mendapat kecaman tetapi ketika itu juga kita pernah menyaksikan RON95 dijual pada harga RM1.60 bagi satu tempoh yang agak lama. Sebelum PRU14, harga RON95 tanpa subsidi adalah RM2.20 seliter.
Sementara menantikan pelaksanaan program itu, orang ramai bolehlah mula memikirkan strategi untuk berdepan dengan kenaikan harga petrol. Rakyat Malaysia ada masa kira-kira tujuh bulan.
Cuma jangan fikir hendak tukar kerajaan, mungkin tidak sempat!
Justeru, apa yang boleh dilakukan? Kalau anda berpendapatan besar, kenaikan harga petrol ini tidak perlu dirunsingkan. Isi sahaja macam biasa.
Bagi yang lain, jangan berhenti berharap anda akan termasuk dalam golongan yang mendapat subsidi atau anda boleh jual kereta lama dan beli kereta elektrik, naik pengangkutan awam atau kurangkan perbelanjaan lain untuk tampung kenaikan harga petrol.
Tetapi di Malaysia, kenaikan harga petrol bermakna harga barang atau perkhidmatan pasti akan naik. Ini memang tidak boleh dielak. Kerajaan boleh beri macam-macam amaran tetapi naik tetap naik. Tak percaya tunggu sahaja.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Harga petrol naik: Apa nak buat?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved