PROLINTAS rangkul tiga anugerah di FFSA 2023

PROLINTAS rangkul tiga anugerah di FFSA 2023

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah menerima Anugerah Forward Faster CEO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) telah memenangi tiga anugerah di Forward Faster Sustainability Awards (FFSA) 2023 anjuran UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) yang diadakan di Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, PROLINTAS berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohammad Azlan Abdullah telah diiktiraf dengan Anugerah Forward Faster CEO.

Pencapaian membuktikan komitmen beliau dalam membentuk strategi perniagaan berteraskan keteguhan tadbir urus, kepekaan terhadap alam sekitar serta tanggungjawab sosial dalam pengoperasian syarikat PROLINTAS.

“Anugerah ini menjadi cerminan usaha PROLINTAS dalam menjayakan pembangunan infrastruktur yang progresif. Kami amat komited untuk mengembangkan perniagaan sambil terus memelihara dan memulihara masyarakat dan alam sekitar,” kata Mohamad Azlan dalam kenyataan.

Sementara itu, PROLINTAS turut membawa pulang Anugerah Living Wage, yang mengiktiraf pendirian syarikat dalam pengagihan imbuhan yang saksama dengan memastikan semua warga kerjanya menerima gaji dan pampasan setimpal dan berdaya saing.

Jelas PROLINTAS, ia mengguna pakai kaedah menyeluruh untuk pembangunan dan kebajikan pekerja menerusi sistem gaji progresif dengan menawarkan gaji di atas paras pasaran.

Menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), PROLINTAS diiktiraf dengan Anugerah Partnership for The Goals Recognition.

Anugerah itu memperakukan usaha bersamanya untuk menilai dengan teliti jejak gas rumah hijau (GHG) dalam perniagaan dan operasi lebuh raya, meletakkan asas untuk mencapai matlamat sifar karbon menjelang 2050.

“Pihak syarikat memacu perubahan ke arah penggunaan teknologi lebih cekap tenaga termasuk pengurusan aset dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan menambah baik kecekapan, sekali gus menetapkan misi PROLINTAS untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding catatan metriknya pada 2019.

“Pihak syarikat juga secara aktif merangka hala tuju Net-Zero, usaha berterusan untuk mewujudkan masa depan yang lestari,” jelas syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×