PUTRAJAYA: PKR Johor mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) membentuk jawatankuasa khas bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan.
Perwakilan dari Johor, Haryati Abu Nasir berkata, ini ekoran terdapat aliaran membimbangkan dalam kalangan penjawat awam yang secara terbuka menunjukkan penentangan terhadap kerajaan.
“Kami mohon KPM, ada baiknya wujud jawatankuasa pemerhati kerana ada aliran membimbangkan dalam kalangan kakitangan yang tak menyebelahi kerajaan perpaduan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Haryati memberitahu itu hanyalah cadangan daripada PKR Johor berikutan terdapat kebimbangan ada di kalangan penjawat awam yang menentang kerajaan Madani. – UTUSAN









