Tune Protect catat untung RM4.8 juta S3 2023

Tune Protect catat untung RM4.8 juta S3 2023

ROHIT NAMBIAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tune Protect Group Berhad (Tune Protect) meneruskan pemulihan kewangan yang mengagumkan apabila mencatatkan untung selepas cukai sebanyak RM4.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2023, berbanding rugi selepas cukai sebanyak RM10.2 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Prestasi lebih baik itu didorong oleh peningkatan dalam prestasi pengunderaitan dan pelaburan.

Pada suku yang sama, Tune Protect merekodkan hasil insurans sebanyak RM106.9 juta, jatuh 15.3 peratus daripada RM126.3 juta pada suku ketiga 2022.

Syarikat mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 22 peratus tahun ke tahun dalam Premium Bertulis Bersih (NWP) bagi suku tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Group, Rohit Nambiar berkata, NWP Kumpulan merentas semua teras utama meningkat 22 peratus pada suku tersebut mengimbangi ketiadaan skim Perlindungan Tenang (Tenang) yang dihentikan pada tahun kwangan 2023.

“Pertumbuhan dalam teras kesihatan diterajui oleh segmen pekerja asing, manakala pertumbuhan dalam teras gaya hidup di­terajui oleh segmen motor (naik 41.1 peratus tahun ke tahun ) dan segmen perjalanan (naik 25.5 peratus tahun ke tahun).

“Sebaliknya, segmen perusahan kecil dan sederhana (PKS) jatuh sedikit sebanyak 7.6 peratus di­sebabkan pertumbuhan yang lebih rendah dalam segmen kejurute­raan, yang diimbangi oleh pertumbuhan dalam segmen kebakaran PKS (naik lebih 100 peratus tahun ke tahun),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun mengalami penurunan hasil insurans sebanyak 15.3 peratus pada suku ketiga, keuntungan suku tahunan Kumpulan disokong oleh pertumbuhan hasil perkhidmatan insurans, ditambah dengan prestasi pelaburan yang lebih baik.

Mengulas mengenai prospek masa depan, Rohit yakin Kumpulan akan memberikan pulangan pelaburan yang menggalakkan.

Jelasnya, Kumpulan telah mengesahkan strategi pelaburannya untuk portfolio berjumlah RM714.5 juta pada 30 September 2023.

“Hampir 80 perats daripada portfolio kami dilaburkan dalam dana pasaran wang dan deposit bertempoh.

“Peruntukan aset konservatif kami terus melindungi kami daripada turun naik pasaran baru-baru ini. Kami akan terus berwaspada terhadap perkembangan dalam pasaran modal global dan tempatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×